Lama dah tak update blog ni. Last year saya ada belajar Selling with NLP & Hypnosis. Sangat menarik you all. Now saya sedang apply teknik hypnosis untuk dapatkan lebih banyak presentation setiap hari. Buat masa ini belum lagi mencapai sasaran (Sasaran 5 presentation sehari). Ini adalah satu teknik untuk menarik apa yang kita mahukan. Saya akan kongsikan dengan anda bila berhasil nanti.
Selain dari Self-hypnosis, kami juga di ajar untuk guna teknik hypnosis ini semasa proses mendapatkan appointment atau semasa presentation. Menarik!! saya telah berjaya praktikan dan berhasil.
Opps...saya nak makan mee sekejap. Mee saya sudah siap...
Tuesday, 13 March 2018
Sunday, 27 December 2015
5 PENYAKIT MINDA DAN 5 TEKNIK MENGGUNAKAN KUASA MINDA BAWAH SEDAR
Tahu tak ,kebanyakan manusia hanya menggunakan 10% daripada
100% otak mereka kerana masih banyak sel-sel otak yang masih belum diterokai
mungkin disebabkan persekitaran yang mereka tinggal,makanan yang di makan cara
hidup yang terlalu bebas dan mengikut nafsu dan perasaan dan juga kurangnya
ilmu pengetahuan,terutamanya pengatahuan yang berkaitan dengan agama dan tidak
beramal dengan ilmu yang ada.
Jom pelajari 5 tanda kita gagal menguasai minda:
1.
kita tidak pernah seronok dengan apa yang dilakukan.
Perkara ini sering kita lihat pada
mereka yang sentiasa tertekan apabila melakukan sesuatu. Apabila kita tidak
menyukai perkara yang kita lakukan maka ini bermaksud kita telah dikawal oleh
minda.
2.Kita mudah mengalah kita akan mudah mengalah apabila menghadapi sebarang
masaalah .
Situasi ini dapat dilihat apabila kita mudah membuat
keputusan untuk berundur terlampau awal apabila berhadapan dengan cabaran dan
rintangan.
3.
kita sentiasa fokus pada masalah Minda yang lemah
juga memperlihatkan kita sentiasa
fokus pada masalah dimana kita tidak pernah sesekali terfikir untuk mencari
jalan penyelesaiannya kalau kita mencari penyelesaiannya mungkin sudah lama
kita jumpa penyelesaiannya tetapi kita tidak mencari penyelesaian masalah
tersebut bahkan hanya memikirkan penyesalan akan masalah yang dihadapi. Apabila
minda kita sentiasa fokus pada masalah, maka ia akan membawa kepada sifat-sifat
negatif yang melibatkan emosi, persekitaran dan sebagainya.
4.
Kita tidak pernah keluar daripada persekitaran negatif Apabila kita gagal
menguasai minda,
maka secara tidak sedar kita telah membiarkan persekitaran negatif memasuki
minda kita. Ini juga dapat dilihat jika kita sentiasa menilai sesuatu perkara dari
sudut yang negatif atau dengan kata lainnya mudah bersangka buruk pada apa yang
terjadi.
5.
Kita sukar menumpukan perhatian terhadap sesuatu perkara
Adakah kita seringkali mengalami
masalah untuk fokus terhadap sesuatu perkara? Jika perkara sedemikian berlaku
pada diri kita maka jelas sekali kita perlu mempertajamkan lagi minda kita
kerana ciri-ciri mereka yang mudah hilang fokus adalah disebabkan penguasaan
minda yang lemah. Jika ada diantara kelima-lima ciri ini bersangkut paut dengan
diri kita, ia tidak bermakna kita perlu mengalah dan berserah kepada takdir.
Tindakan yang perlu kita lakukan ialah mencipta perubahan dimana aspek penting
yang perlu dinilai ialah memperkasakan minda kita terlebih dahulu dengan ilmu
pengetahuan dan dengan cara beribadah dan hindari perkara dosa sebab ini adalah
cara terbaik untuk mencuci hati dan minda. Dengan berbuat demikian, anda akan
sedar bahawa perubahan positif yang ketara akan berlaku pada diri kita dari
semasa ke semasa. ada matlamat? ada impian? ada hajat? ingat segala doa dan
hajat kita mesti disusuli dengan berberapa langkah dan usaha Dibawah ini adalah
satu pendedahan rahsia besar dari saya iatu 5 teknik menggunakan kuasa minda
bawah sedar,tahu tak kursus-kursus latihan seperti ini sangat mahal yuran penyertaan
untuk belajarnya bahkan ada yang mencecah ribuan ringgit untuk menghadiri
seminar seperti ini,tetapi saya dedahkan secara percuma sepagai tanda
penghargaan saya kepada sesiapa yang ingin benar mencari ilmu. (saya pon masih
belum mahir mengunakannya jaz nak share)
5
teknik menggunakan kuasa minda bawah sedar:
(alternatif mencapai impian) Kosongkan fikiran dan biarkan
diri dalam keadaan tenang. Berikan kata semangat pada diri sendiri(dalam hati)
seperti aku hebat,aku kaya,cantik,hensem dan sebagainya(rekalah dialognya
sendiri yang berkaitan dengan hajat) bayangkan apa yang kita impikan itu akan
dapat(dalam berberapa saat)sedang dapatnya(dalam berberapa saat)sudah pun
mendapatkan apa yang di idamkan tersebut( dalam berberapa saat juga) Tarik
nafas selama dalam kiraan 8 saat,tahan seketika dalam 8 saat kemudian lepaskan
dalam 8 saat juga.(ulang sebanyak 3 kali/5 kali/7 kali/9 kali or (11 kali
terbaik) Pejam mata (seeloknya 5 teknik ini cuba lakukan dengan serentak dalam
satu masa) kemudian buka mata dengan senyuman seolah-olah memang benda yang
diidamkan itu sudah berada didepan mata. sekurang-kurang tempoh latihan ini
selama 15 minit sehari dan sebaiknya 1 jam 15 minit dalam sehari kalau nak
cepat merasakan hasilnya dan semalas-malas pon seminggu sekali jangan
tinggalkan melebihi 1 minggu kerana teknik ini seperti mengecas beteri dalam
otak kita jika di tinggalkan lebih pada tempoh tersebut tenaganya akan jadi
lemah semula. mudahkan tak perlu keluar modal hanya menggunakan fikiran tapi
ingat apa yang saya pesan mesti disusuli dengan usaha insyallah SELAMAT MENCUBA
NAIK PANGKAT
saya juga mempunyai pengalaman menarik tentang ilmu ini
setelah melatihnya dari umur 16 tahun,saya mula melihat keajaibannya ketika
umur 19 tahun apabila saya dinaikkan pangkat lebih awal dari pekerja yang lama
berkerja di situ,sedangkan syarat yang pertama untuk kenaikkan pangkat disitu
mengikut undang-undangnya ialah jika berkerja dari bawah mesti telah berkerja
disitu melebihi 4 tahun dan mesti mempunyai sijil spm sekurang-kurangnya jika
hendak dinaikan pangkat,kedua mesti lepasan diploma jika ingin memohon jawatan
tersebut jika bukan dari pekerja bawahan . pertama saya berkerja di situ baru 1
tahun kedua saya tiada spm ketiga saya tiada diploma tetapi saya dapat jawatan
itu dengan mudah kawan-kawan yang lain semua berasa pelik apa saya buat?ya apa
yang saya buat ialah 5 teknik yang saya tuliskan diatas.
DAPAT RM 1000 DARI
ORANG TAK DIKENALI
pengalaman kedua sewaktu saya berada di hospital sungai buluh
selangor wad 4B menemani ayah saya,selama 2bulan duit pun sudah habis rm1000
lebih kerja tidak macam mana nak kerja ayah sakit duit tak masuk keluar lagi
ada la..tiba-tiba doktor pakar kata mata ayah awak nak di tukarkan korneanya
harga kornea itu 300USD bersamaan nilainya rm1300 dalam duit malaysia pada masa
tu,dalam keadaan runsing saya selepas solat subuh di surau dan baca al-quran
sikit mengulang balik ayat-ayat al-quran yang dihafaz selepas tu saya pun
mencuba teknik diatas saya bayangkan dihujani dengan duit RM50 seperti teknik
yang di jelaskan kemudian saya balik kebilik untuk jumpa ayah ada orang tak
dikenali dengan baik hati bagi RM1000 macam tu je akhirnya dapat juga buat
pertukaran kornea mata.
mungkin anda merasa pelik saya juga rasa sedemikian
sebenarnya banyak lagi pengalaman menarik yang membuktikan kebenaran potensi
minda bawah sedar yang saya alami dua pengalaman diatas antara yang paling
besar yang berlaku dalam sejarah hidup saya setelah begitu lama melatihnya
dengan tekun,sabar dan percaya. perhatian saya ingatkan ini bukan ilmu sihir
tetapi ia berkait rapat dengan sains , permikiran positif dan doa kerana firman
allah didalam hadis qudsi :(sesungguhnya aku di sisi angkaan hambaku)huraian
hadis ini ialah allah akan menjadikan apa yang kita fikirkan sesiapa bersangka
baik maka akan mendapat kebaikan siapa bersangka buruk mendapat keburukan
kerana apa yang kita cakap apa yang kita fikir itu adalah doa,doa tidak
semestinya hanya mengangkat tangan tatkala apabila selesai solat bahkan fikir
juga sebenarnya diketogerikan sebagai doa. pernah belajar ilmu tasawuf iaitu
ilmu penyucian hati yang menceritakan tentang sifat-sifat mahmudah dan
sifat-sifat mazmumah,sifat mazmumah terbahagi kepada 10 antaranya ialah
berburuk sangka(suuuzzhon) lawannya sifat mahmudah iaitu bersangka baik(husnuzhon)
di dalam ilmu ini mengajar kita supaya berfikiran positif bukankah permikiran
positif itu adalah termasuk didalam sifat mahmudah yang di sebut sebagai
husnuzzon(baik sangka)? itulah hikmahnya suruhan allah supaya berpegang kepada
alquran dan as-sunnah kerana orang-orang yang berpegang dengannya akan
dibukakan dengan pelbagai rahsia alam kepadanya.
Copy paste...
Thursday, 24 December 2015
POWER OF DOA
Power of Doa.
Saya bukan ustaz atau orang-orang alim, tetapi
saya rasa nak share sesuatu tentang konsep doa yang saya amalkan dalam mengejar
“kejayaan hidup”. Ramai orang berdoa, tetapi cuba renung balik doa-doa
tersebut. Ada yang selepas solat, doa terlalu rambang.
Contoh,
“Ya ALLAH, murahkanlah rezeki aku”
“Ya ALLAH, kayakanlah aku”
“Ya ALLAH, bagi lah aku hidup senang”
“Ya ALLAH, bagi aku duit banyak”
“Ya ALLAH, bagilah aku berjaya”
Doa-doa macam ni memang bagus dan betul. Tetapi kita
sepatutnya menggunakan channel doa ni dengan lebih tepat dan berkesan. Saya
dulu pun macam tu. Lepas solat, kadang-kadang busy sangat dengan urusan dunia.
Nak kaya. Nak berjaya. So doa saja. Asalkan doa. Tak tahu, sebenarnya ada
effect yang sangat penting dalam kejayaan dengan kita “berdoa”. Siap baca doa
pun berlagu, apa pun tak faham.
Dalam hidup ni, kita mungkin ada plan, cita-cita. Impian.
Gunakan doa sebagai positive vibe yang dapat berikan kita lebih fokus untuk
capai matlamat hidup.
Contoh doa sebelum ini.
“Ya ALLAH, murahkanlah rezeki aku” - nak murah rezeki banyak mana?
“Ya ALLAH, kayakanlah aku” - nak kaya sampai tahap mana?
“Ya ALLAH, bagi lah aku hidup senang” - nak senang tahap
mana?
“Ya ALLAH, bagi aku duit banyak” - nak berapa banyak? 100K,
1 juta, 8 juta?
“Ya ALLAH, bagilah aku berjaya” - apa takrifan berjaya?
Bukan nak cakap yang ALLAH tak tahu apa dimaksudkan, sebab
ALLAH MAHA MENGETAHUI. Tetapi sangat rugi kalau kita tak guna kuasa doa. Kalau
kita doa lebih spesifik, maksudnya kita pun bersungguh-sungguh doa. Berdoa.
Meminta dari Sang Pencipta. Kita berdoa tanda kita ni hamba, perlukan
pertolonganNya. Lebih sepesifik maksudnya lebih bersungguh-sungguh.
Katakan orang tu dalam bisnes, dia target sales 1 juta. Ada
plan, timeframe nak capai target. Jadi doalah “ YA ALLAH, permudahkanlah jalan
aku untuk capai sales 1 juta sebelum January 2016.”
Katakan takrifan kita “berjaya” adalah dengan berjaya beli 1
rumah banglo. Jadi doalah “ YA ALLAH, permudahkanlah bisnes aku mencapai sales
10 juta, untuk aku dapat beli lot banglo kat tengah2 Kuala Lumpur yang aku dah
target tu”
Duit banyak? target ada cash 100k dalam bank. “ Ya ALLAH,
bagilah produk aku laku keras dan aku dapat jual 50,000 Unit untuk bagi aku
untung 100k cash nanti.”
Lebih target. Lebih spesifik. 1 hari 5 kali sehari kita
sebut bersungguh-sungguh. Kita sebut doa-doa positif ini. Jadi ia akan jadi
sebuah fokus meresap ke jiwa, yang mana kita akan drive diri, tenaga, usaha
untuk capai apa yang kita hajati dengan izin ALLAH.
Sebab tu orang-orang tua pernah kata, jangan sebut
benda-benda negatif selalu, nanti jadi “doa”.
Jangan salah sangka, yang saya sebutkan ini target di pasal
kejayaan bisnes. Ada orang target lain. Konsep sama. Dalam bab keimanan dan
akhirat, boleh fikir sendiri dah kan.
Alhamdulillah. Sebut di mulut sudah lama impian nak pakai
Merc sebelum umur 30 sejak tahun 2010 lagi. Tahun 2013 bersungguh-sungguh doa
spesifik. Tengah tahun 2015 dapat pakai lepas tunggu booking hampir 6 bulan
dari Cycle Carriage dan sekarang umur saya baru menjejak ke 29 tahun. Impian
tercapai.
Orang kata “Law of Attraction”. Saya kata "Power of
Doa" dan rezeki dari ALLAH.
Ok, next target pulak untuk 2016. InshaALLAH!
Copy paste dr FB untuk rujukan
MILLIONAIRE HABIT 1
DISIPLIN DIRI UNTUK BANGUN AWAL
"Anda
nak tahu apa yang membuat orang yang sangat berjaya rasa kurang
tertekan, lebih gembira dan lebih produktif dalam hidup mereka?
Mereka tahu bahawa keutamaan peribadi mereka yang bernilai lebih daripada keutamaan orang lain adalah MASA.
Mereka juga ada satu sifat DISIPLIN DIRI yang mereka praktikkan setiap
hari iaitu mereka BANGUN AWAL PAGI, mereka sentiasa menghargai masa dan
mereka pastikan diri mereka sentiasa yang terawal dalam semua perkara."
TANAM YANG BAIK-BAIK SAJA
'Mind creates reality and thought becomes things.' Ini antara yang ditekankan oleh Dr Azizan Osman dalam perkongsiannya bersama peserta program Rahsia Kuasa Minda Jutawan (RKMJ) petang tadi.
"Minda kita sangat subur. Apa saja yang kita tanam akan wujud dalam
hidup kita. Apa yang minda kita percaya, ia akan cuba jadikannya
realiti.
"Beginilah kehidupan.
Sebab itu kita perlu tanam minda kita dengan perkara yang baik-baik
sahaja," kata Jurulatih Kejayaan No 1 Asia itu lagi.
Wednesday, 23 December 2015
6 TIPS MENJAUHI SIFAT MALAS
1. Berwudhuk – Cara begini mampu menghindarkan diri dari bisikan syaitan yang mengajak anda menjadi malas.
2. Solat di awal waktu – Apabila anda mudah bertangguh solat, itu bermakna anda sudah terkena tempias-tempias malas.
3. Doa – Amalkan doa ini.
((الْÙ„َّÙ‡ُÙ… Ø¥ِÙ†ِّÙŠ Ø£َعُÙˆْذ بِÙƒ Ù…ِÙ† الْÙ‡َÙ… Ùˆ الْØَزَÙ† , Ùˆ Ø£َعُÙˆْذ بِÙƒ Ù…ِÙ† الْعَجْز Ùˆ الْÙƒَسَÙ„ , Ùˆ Ø£َعُÙˆْذ بِÙƒ Ù…ِÙ† الْجُبْÙ† Ùˆ الْبُØ®ْÙ„ , Ùˆ Ø£َعُÙˆْذ بِÙƒ Ù…ِÙ† غَÙ„َبَØ© الدَّÙŠْÙ† Ùˆ Ù‚َÙ‡ْر الْرِّجَال)).
Maksudnya: "Ya Allah, aku berlindung kepadamu dari rundungan sedih dan duka, aku berlindung kepada-Mu dari sifat lemah dan malas, aku berlindung kepada-Mu dari sifat kikir dan penakut, aku berlindung kepada-Mu dari beban hutang dan penindasan orang."
4. Bangun Awal - Bila anda bangun awal, anda akan rasa segar dan hilang rasa malas.
5. Bergaul Dengan Orang Yang Rajin – Anda perlu pengaruh yang kuat untuk menjadi rajin. Jika anda bercampur atau bergaul dengan orang yang malas, malaslah jadinya.
6. Bersenam – Ini amat penting. Anda mesti bersenam dan keluarkan peluh anda 4 kali seminggu. Pasti rasa malas akan hilang kerana minda dan badan anda akan menjadi aktif.
Copy paste: Jakim
((الْÙ„َّÙ‡ُÙ… Ø¥ِÙ†ِّÙŠ Ø£َعُÙˆْذ بِÙƒ Ù…ِÙ† الْÙ‡َÙ… Ùˆ الْØَزَÙ† , Ùˆ Ø£َعُÙˆْذ بِÙƒ Ù…ِÙ† الْعَجْز Ùˆ الْÙƒَسَÙ„ , Ùˆ Ø£َعُÙˆْذ بِÙƒ Ù…ِÙ† الْجُبْÙ† Ùˆ الْبُØ®ْÙ„ , Ùˆ Ø£َعُÙˆْذ بِÙƒ Ù…ِÙ† غَÙ„َبَØ© الدَّÙŠْÙ† Ùˆ Ù‚َÙ‡ْر الْرِّجَال)).
Maksudnya: "Ya Allah, aku berlindung kepadamu dari rundungan sedih dan duka, aku berlindung kepada-Mu dari sifat lemah dan malas, aku berlindung kepada-Mu dari sifat kikir dan penakut, aku berlindung kepada-Mu dari beban hutang dan penindasan orang."
4. Bangun Awal - Bila anda bangun awal, anda akan rasa segar dan hilang rasa malas.
5. Bergaul Dengan Orang Yang Rajin – Anda perlu pengaruh yang kuat untuk menjadi rajin. Jika anda bercampur atau bergaul dengan orang yang malas, malaslah jadinya.
6. Bersenam – Ini amat penting. Anda mesti bersenam dan keluarkan peluh anda 4 kali seminggu. Pasti rasa malas akan hilang kerana minda dan badan anda akan menjadi aktif.
Copy paste: Jakim
Tuesday, 22 December 2015
TEKNIK MENGGUNAKAN MINDA SEPARA SEDAR UNTUK CAPAI MATLAMAT
Terdapat 8 jenis
teknik-teknik barat dalam pengawalan minda separa sedar yang telah dikenal
pasti. Teknik-teknik tersebut ialah teknik Charles Baudoin, teknik terima
kasih, teknik tidur, teknik alasan, teknik penetapan, teknik bioskop mental dan
teknik menulis.
Teknik Charles Baudoin
Teknik Charles Baudoin
Charles Baudoin adalah
profesor di Rousseau Institut Peranchis. Beliau adalah ahli psikoterapi yang
cekap dan pengarah penelitian dari New Nancy School of Healing yang mencipta cara
terbaik bagi memberi kesan kepada minda separa sedar melalui cara masuk semasa
tidur. Sebagai contoh, anda menghadapi masalah hutang yang bertimbun-timbun.
Sebelum melelapkan mata pada waktu malam, bacalah ayat ini berulang kali,
"Selesai dengan memuaskan menurut kehendak Tuhan". Idea dan ayat
tidak perlu panjang berjela-jela. Cukup apabila ayat itu dilafazkan secara
pendek supaya mudah diingat. Kecerdasan tidak terbatas yang bekerja melalui
hukum bawah sedar mendatangkan penserasian menurut prinsip keserasian.
Ulangi proses ini setiap malam selama 10 malam berturut- turut. Rasailah kedamaian serta ketenangan dan anda boleh tidur dengan lena. Keesokan pagi, anda dapat bangun daripada tidur dengan perasaan nyaman dan damai kerana masalah anda sudah selesai.
Teknik Terima Kasih
Ulangi proses ini setiap malam selama 10 malam berturut- turut. Rasailah kedamaian serta ketenangan dan anda boleh tidur dengan lena. Keesokan pagi, anda dapat bangun daripada tidur dengan perasaan nyaman dan damai kerana masalah anda sudah selesai.
Teknik Terima Kasih
Islam menekankan permintaan
kepada Tuhan serta mengucapkan syukur. Hati yang berterima kasih selalu dekat
dengan tenaga kreatif alam semesta. Ia menyebabkan banyak anugerah mengalir
kepadanya kerana hukum timbal balik adalah berdasarkan hukum kosmik daripada
aksi dan reaksi.
Saya ingin berkongsi dengan anda cerita berkenaan Pak Cipto yang selalu berkata, "Hutang bertampuk, aku tidak ada pekerjaan serta mempunyai anak lima dan tidak berduit. Apakah akalku?" Secara teratur, setiap malam selama tiga minggu beliau ulangi kata-kata, "Syukur pada Allah atas kekayaan ini," dengan tenang dan damai sehingga perasaan syukur dan terima kasih pada Tuhan meresapi seluruh sanubarinya. Perasaan kekurangan, kemiskinan serta kehinaan, hilang dengan perlahan- lahan. Ucapan syukur dilakukan olehnya sekerap mungkin.
Walaupun belum lagi menjadi kenyataan, namun beliau tetap mengucapkan syukur dengan kepercayaan serta keyakinan yang tinggi. Akhirnya, Pak Cipto berjaya meraih pendapatan yang lumayan dengan dinaikkan pangkat oleh majikannya.
Contoh yang mudah, umpama seorang ayah yang berjanji kepada anaknya hendak membelikan sebuah motosikal yang cantik apabila anaknya berjaya mendapat kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan. Sudah pasti anaknya mengucapkan terima kasih kepada ayahnya, walaupun motosikal itu belum lagi dibelinya. Begitulah juga dengan teknik ini, ucapkan kesyukuran dengan yakin dan gembira walaupun belum lagi diterjemah ke alam nyata.
Teknik Tidur
Saya ingin berkongsi dengan anda cerita berkenaan Pak Cipto yang selalu berkata, "Hutang bertampuk, aku tidak ada pekerjaan serta mempunyai anak lima dan tidak berduit. Apakah akalku?" Secara teratur, setiap malam selama tiga minggu beliau ulangi kata-kata, "Syukur pada Allah atas kekayaan ini," dengan tenang dan damai sehingga perasaan syukur dan terima kasih pada Tuhan meresapi seluruh sanubarinya. Perasaan kekurangan, kemiskinan serta kehinaan, hilang dengan perlahan- lahan. Ucapan syukur dilakukan olehnya sekerap mungkin.
Walaupun belum lagi menjadi kenyataan, namun beliau tetap mengucapkan syukur dengan kepercayaan serta keyakinan yang tinggi. Akhirnya, Pak Cipto berjaya meraih pendapatan yang lumayan dengan dinaikkan pangkat oleh majikannya.
Contoh yang mudah, umpama seorang ayah yang berjanji kepada anaknya hendak membelikan sebuah motosikal yang cantik apabila anaknya berjaya mendapat kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan. Sudah pasti anaknya mengucapkan terima kasih kepada ayahnya, walaupun motosikal itu belum lagi dibelinya. Begitulah juga dengan teknik ini, ucapkan kesyukuran dengan yakin dan gembira walaupun belum lagi diterjemah ke alam nyata.
Teknik Tidur
Lakukan teknik ini semasa
anda hendak melelapkan mata. Pada masa itu, anda berada dalam keadaan
hipnogogik (antara lena dan jaga). Gelombang otak anda adalah antara alfa dan
delta. Minda anda juga berkualiti dan efektif.
Apabila anda menghadapi masalah yang rumit, semasa hendak tidur, katakan, " Dengan kuasa Tuhan, semua masalah selesai dengan baik." Apabila anda terjaga daripada tidur, ulangi lagi perkataan yang anda ucapkan semalam berkali-kali. Rasailah kepuasan dan ketenangan yang tidak terhingga. Minda separa sedar anda sebenarnya umpama robot dan tidak berperasaan. Maka, setiap perkara yang anda nyatakan pasti diterimanya 100 peratus.
Teknik Alasan
Apabila anda menghadapi masalah yang rumit, semasa hendak tidur, katakan, " Dengan kuasa Tuhan, semua masalah selesai dengan baik." Apabila anda terjaga daripada tidur, ulangi lagi perkataan yang anda ucapkan semalam berkali-kali. Rasailah kepuasan dan ketenangan yang tidak terhingga. Minda separa sedar anda sebenarnya umpama robot dan tidak berperasaan. Maka, setiap perkara yang anda nyatakan pasti diterimanya 100 peratus.
Teknik Alasan
Teknik ini banyak digunakan
oleh para doktor bagi merawat pesakit. Doktor memberi keyakinan kepada
pesakitnya, penyakit yang mereka hadapi itu lebih disebabkan oleh pola fikiran
mereka yang negatif. Pesakit selalunya merasakan mereka ditimpa malang apabila
mendapat penyakit. Pada masa ini, peranan doktor adalah menegaskan kepada
pesakitnya yang penyembuhan boleh berlaku apabila pesakitnya berfikiran
positif.
Ini bermakna, pesakit perlu yakin yang penyakitnya dapat sembuh. Minda separa sedarnya pasti percaya yang dia boleh sembuh daripada penyakitnya. Dengan itu, organ- organnya bertugas dengan baik dan urat sarafnya pula menjalankan tugas dengan cekap bagi penyembuhan secara efektif. Dr. Quimby dari Maine banyak menggunakan teknik ini antara tahun 1849 hingga 1869.
Teknik Penetapan
Ini bermakna, pesakit perlu yakin yang penyakitnya dapat sembuh. Minda separa sedarnya pasti percaya yang dia boleh sembuh daripada penyakitnya. Dengan itu, organ- organnya bertugas dengan baik dan urat sarafnya pula menjalankan tugas dengan cekap bagi penyembuhan secara efektif. Dr. Quimby dari Maine banyak menggunakan teknik ini antara tahun 1849 hingga 1869.
Teknik Penetapan
Daya penetapan ada pada diri kita semua. Dalam konteks ini, kita bertambah yakin apabila kita sedar yang Tuhan menjadikan kuasa alam semesta ini semata-mata bagi kepentingan manusia.
Seorang perempuan muda yang cantik menghadapi masalah diganggu oleh seorang lelaki yang tidak dikenali melalui panggilan telefon pada setiap hari. Oleh itu, setiap hari perempuan muda itu membuat penegasan, " Dengan kuasa Allah, aku berserah kepadanya. Allah akan melepaskan aku daripada masalah ini. Aku bebas daripada masalah ini." Akhirnya, perempuan muda itu terselamat. Lelaki yang selalu mengganggunya itu hilang pergi entah ke mana. Justeru, apabila kita yakin dan berserah pada Tuhan, apa yang kita hajati pasti tercapai dan pasti ada jalan penyelesaiannya.
Teknik Bioskop Mental
Teknik ini lebih menitikberatkan gambaran yang dicipta dalam minda. Pepatah Cina ada menyatakan, 'sebuah gambar berharga lebih daripada seribu kata'. Minda separa sedar sentiasa sensitif pada gambaran yang dibina. Ia menggambarkan serta bertindak seolah-olah diri kita melalui apa yang kita gambarkan. Lalu gambaran itu pasti menjadi kenyataan.
Teknik ini pernah digunakan oleh pemuda yang bernama Ahmad semasa dia cuba menjual barangan syarikat yang dinaunginya. Sebelum tidur pada waktu malam, dia melakukan meditasi (rujuk teknik meditasi) di kerusi malas kepunyaannya. Selepas itu, dia menggambarkan dalam mentalnya dengan terang dan yakin, ramai orang yang mahu dan berminat membeli barangan yang dijualnya. Dia juga dapat merasakan dan menghadirkan bau wang yang diterima daripada setiap pelanggannya. Selepas itu, dia terus tidur dengan penuh rasa kepuasan seolah-olah dia sudah berjaya menjual barangannya.
Pada keesokan harinya, dia terkejut apabila perkara yang digambarkannya pada malam itu benar- benar berlaku. Ini kerana, kecerdasan tidak terbatas menjalankan tugasnya bagi merealisasikan apa sahaja yang digambarkan. Tuhan maha berkuasa. Dia menjadikan kita dengan kelebihan yang hebat iaitu keupayaan dan kebolehan berimaginasi.
Teknik ini juga berkesan bagi menggambarkan penyembuhan pada penyakit yang berjangkit. Keajaiban pernah terjadi di mana seorang pemuda menghidap penyakit barah otak. Hasil pemeriksaan doktor, pemuda ini sudah tidak berpeluang sembuh daripada penyakit itu. Dia juga diramal berpeluang hidup dalam tiga bulan sahaja lagi. Namun begitu, pemuda ini tidak pernah berputus asa. Setiap malam, dia melakukan meditasi (rujuk teknik meditasi) dan menggambar-kan sel- sel barah otaknya kian hilang. Dia juga membayangkan yang dia semakin sembuh dari hari ke hari. Pada suatu hari, apabila doktor memeriksa penyakitnya, sel-sel barah pemuda itu sudah tiada lagi. Dengan lain perkataan, pemuda itu sudah sembuh daripada penyakitnya. Sesungguhnya, minda manusia diberi kehebatan bagi penyembuhan secara semula jadi. Begitulah hebatnya kuasa minda yang dianugerah Tuhan.
Teknik Menulis
Teknik menulis ini pernah digunakan oleh bekas Presiden USA, James A. Garfield. Semasa beliau berumur 10 tahun, beliau terlihat seorang lelaki yang berpakaian mewah sedang menaiki kereta kuda. Beliau bertanya kepada ibunya siapa lelaki itu. Ibunya memberitahu yang lelaki itu adalah ahli kongres.
Kemudian, beliau terus berazam yang beliau ingin menjadi seorang ahli kongres seperti lelaki yang dilihatnya apabila beliau dewasa. Keesokan harinya, beliau terus menulis hajatnya, "Saya akan menjadi seorang ahli kongres." Beliau melihat tulisan itu pada setiap hari. Dalam konteks ini, minda separa sedar beliau menerima maklumat berkenaan matlamat dan cita- citanya. Seterusnya, minda separa sedarnya menjalankan tugasan bagi merealisasikan cita-citanya. Beliau menggunakan kemahuannya yang bersungguh-sungguh (will power) bagi menjadi seorang ahli kongres.
Pada hari minggu, beliau bekerja memotong kayu supaya dapat mengumpul duit bagi membeli buku dan belajar cara- cara menjadi ahli kongres. Apabila berumur 16 tahun, beliau bekerja sebagai penjaga kedai bagi membantu ibunya. Beliau juga menyambung pelajaran bagi menjadi ahli kongres. Ketika berumur 18 tahun, beliau mendapat kontrak menyapu lantai di Akademi Kolej William dan mendapat punca pendapatan lain dengan mengajar di sekolah. Pada hari minggu pula, beliau mengambil upah memotong kayu. Semasa berumur 20 tahun, beliau berjaya menerima Ijazah Undang-undang dengan kepujian dari Kolej William. 6 tahun kemudian, beliau menjadi senator di wilayahnya dan semasa berumur 33 tahun, beliau berjaya menjadi ahli kongres.
Kejayaannya itu berpunca daripada apa yang difikirkannya. Minda sedarnya menghantarkan maklumat kepada minda separa sedar dengan cara melihat tulisan cita-citanya. Menulis impian anda pada sekeping kertas boleh membawa pemikiran minda separa sedar (subconscious mind) supaya bertugas bagi mencapai impian anda. Berikut adalah cara yang teratur bagi teknik ini:
A. Tentukan matlamat. Apabila anda hendak berjaya dalam bidang perniagaan, tentukan matlamat secara jelas. Pastikan matlamat itu logik dan mampu anda capai. Misalnya, anda hendak mendapat keuntungan perniagaan RM5, 000 sebulan. Jelaskan pada diri anda yang jumlah itu pasti tercapai.
Kejutkan 12 bilion sel-sel otak dengan menulis matlamat anda. Ini membangkitkan minda separa sedar anda supaya bertugas dan menjayakan matlamat anda. Minda separa sedar bertindak membantu anda mencari peluang bagaimana mendapatkan keuntungan sebanyak RM5, 000 sebulan secara ghaib (di luar jangkauan pemikiran biasa).
B. Setiap hari, lihat impian yang anda catatkan. Dengan melihat impian itu, ia melibatkan saraf optik yang ukurannya 17 kali lebih besar daripada saraf-saraf yang lain. Saraf itu juga menyebabkan saraf- saraf lain terus menuju ke otak anda.
C. Buat gambaran setiap hari iaitu selepas anda melihat impian yang anda tulis. Gambaran juga dapat dibuat pada waktu malam, selepas anda bermeditasi dan bertafakur.
D. Bina cadangan spontan pada diri anda. Buat pernyataan positif pada diri yang anda boleh mencapainya. Gambarkan seolah- olah anda sudah pun mencapai impian yang anda bina. Ucapkan kesyukuran yang tidak berbelah bahagi pada Tuhan. Pastikan anda lakukan dengan penuh perasaan dan emosi. Minda separa sedar hanya bertindak apabila anda beremosi dan berperasaan.
E. Sentiasa berfikir berkenaan cara mendapatkan RM5, 000 setiap bulan. Minda separa sedar anda pasti mencetuskan idea yang tidak anda duga dan fikirkan sebelum ini. Apabila minda separa sedar anda mencetuskan idea, catat serta lakukan kerja berdasarkan idea itu.
Anda juga boleh menggunakan teknik- teknik di atas bagi pelbagai kegunaan dan kehendak anda. Minda separa sedar anda sedia menerima apa sahaja saranan dan arahan daripada minda sedar tanpa membantah. Anda perlu yakin yang usaha anda akan memperoleh hasil yang baik.
Dipetik daripada: Bab 3, buku Kuasa Minda Separa Sedar oleh Mohd Rozani Pawan Chek
Copy paste from others.
TEKNIK MENGAKTIFKAN MINDA SEPARA SEDAR
Minda Sedar (Conscious Mind) – minda yang
kita boleh kawal, seperti berfikir, belajar, memasak, berbual, dan banyak
lagilah
Minda Separa Sedar (Subconscious Mind) – ia
tidak berfungsi secara logik, lebih kepada emosi, rasa hati, imaginasi, mimpi
90% daripada badan kita adalah milik minda
separa sedar. Kita perlu seiringkan kedua-dua minda ni supaya kita dapat
menjadi insan yang lebih baik, dan berjaya dalam hidup. Contohnya minda sedar
kita kata saya nak dapat 9A1 untuk SPM. Tapi minda separa sedar kita tak
inginkannya pun, asyik berfikiran negatif, rasa diri tak layak, tak pandai, so
kita takde usaha pun ke arah itu. Kedua-duanya tak seiring, so kita jadi malas,
lemau, takde semangat untuk dapatkannya. Nak study pun asyik bertangguh, sebab
minda separa sedar kita tak mengarahkan badan kita untuk buat pun, dan menarik
tenaga-tenaga dan sumber-sumber negatif dekat dengan kita.
Cara nak aktifkan minda separa sedar
Kita boleh aktifkan dan mantapkan minda
separa sedar pada waktu-waktu yang dipanggil sebagai alpha wave di mana ianya
adalah waktu perantaraan minda sedar dan minda separa sedar.
- Waktu hujan
- Waktu kita berehat
- Waktu solat
- Waktu hampir tidur
Waktu-waktu ini adalah di mana kita di dalam
keadaan tenang dengan suasana yang tenang. Paling senang nak buat masa kita nak
tidur.
- Pejamkan mata
- Bercakap dengan diri sendiri di dalam hati, apa yang nak kita berlaku esok atau bila-bila
- Berdoa pada Allah, mintak apa yang kita nak dan hajati
- Ulang banyak-banyak kali
Cth: Nak bangun awal untuk study SPM
Cakap dalam hati, “aku nak bangun pukul 3pg
esok”, “aku nak studi”, “bangun siti bangun, pukul 3pg dah”, “bagus siti,
berjaya bangun awal”.
Ucapkan kata-kata yang positif sahaja,
spesifikkan hajat kita, ulang kata-kata tu banyak kali, sampai terlelap pun
takpe. Percayalah, pukul 3pg atau mungkin lebih awal, kita akan terbangun
dengan sendirinya.
Saya sendiri dah buat, untuk bangun
tahajud, Alhamdulillah, belum sempat alarm nak berbunyi, saya dah tersedar. Bukan
untuk diri sendiri je, kita pun boleh bisikkan kata-kata positif dan nasihat
pada anak-anak ketika mereka hampir terlena. Amalkan setiap hari, insyaAllah
kita akan nampak kesan dan perubahannya.
Semasa kami semua cuba teknik ni dalam kelas hari tu, begitu terkesan di hati ini, masa tu rasa di awang-awangan, kita dapat berdoa sepenuh hati. InsyaAllah, jika diamalkan selalu, minda separa sedar akan seiring dengan minda sedar kita, untuk kita kejar apa yang dihajati.
Bila minda separa sedar kita banyak
dimasukkan dengan elemen-elemen baik dan positif, kesannya ia akan menarik
situasi-situasi baik, orang yang baik-baik, dan benda-benda yang baik kerana
kesemuanya mempunyai getaran tenaga yang baik.
Jom aktifkan minda separa sedar kita!!!
Sources : Copy paste from others blog for own information
Subscribe to:
Posts (Atom)