Minda Sedar (Conscious Mind) – minda yang
kita boleh kawal, seperti berfikir, belajar, memasak, berbual, dan banyak
lagilah
Minda Separa Sedar (Subconscious Mind) – ia
tidak berfungsi secara logik, lebih kepada emosi, rasa hati, imaginasi, mimpi
90% daripada badan kita adalah milik minda
separa sedar. Kita perlu seiringkan kedua-dua minda ni supaya kita dapat
menjadi insan yang lebih baik, dan berjaya dalam hidup. Contohnya minda sedar
kita kata saya nak dapat 9A1 untuk SPM. Tapi minda separa sedar kita tak
inginkannya pun, asyik berfikiran negatif, rasa diri tak layak, tak pandai, so
kita takde usaha pun ke arah itu. Kedua-duanya tak seiring, so kita jadi malas,
lemau, takde semangat untuk dapatkannya. Nak study pun asyik bertangguh, sebab
minda separa sedar kita tak mengarahkan badan kita untuk buat pun, dan menarik
tenaga-tenaga dan sumber-sumber negatif dekat dengan kita.
Cara nak aktifkan minda separa sedar
Kita boleh aktifkan dan mantapkan minda
separa sedar pada waktu-waktu yang dipanggil sebagai alpha wave di mana ianya
adalah waktu perantaraan minda sedar dan minda separa sedar.
- Waktu hujan
- Waktu kita berehat
- Waktu solat
- Waktu hampir tidur
Waktu-waktu ini adalah di mana kita di dalam
keadaan tenang dengan suasana yang tenang. Paling senang nak buat masa kita nak
tidur.
- Pejamkan mata
- Bercakap dengan diri sendiri di dalam hati, apa yang nak kita berlaku esok atau bila-bila
- Berdoa pada Allah, mintak apa yang kita nak dan hajati
- Ulang banyak-banyak kali
Cth: Nak bangun awal untuk study SPM
Cakap dalam hati, “aku nak bangun pukul 3pg
esok”, “aku nak studi”, “bangun siti bangun, pukul 3pg dah”, “bagus siti,
berjaya bangun awal”.
Ucapkan kata-kata yang positif sahaja,
spesifikkan hajat kita, ulang kata-kata tu banyak kali, sampai terlelap pun
takpe. Percayalah, pukul 3pg atau mungkin lebih awal, kita akan terbangun
dengan sendirinya.
Saya sendiri dah buat, untuk bangun
tahajud, Alhamdulillah, belum sempat alarm nak berbunyi, saya dah tersedar. Bukan
untuk diri sendiri je, kita pun boleh bisikkan kata-kata positif dan nasihat
pada anak-anak ketika mereka hampir terlena. Amalkan setiap hari, insyaAllah
kita akan nampak kesan dan perubahannya.
Semasa kami semua cuba teknik ni dalam kelas hari tu, begitu terkesan di hati ini, masa tu rasa di awang-awangan, kita dapat berdoa sepenuh hati. InsyaAllah, jika diamalkan selalu, minda separa sedar akan seiring dengan minda sedar kita, untuk kita kejar apa yang dihajati.
Bila minda separa sedar kita banyak
dimasukkan dengan elemen-elemen baik dan positif, kesannya ia akan menarik
situasi-situasi baik, orang yang baik-baik, dan benda-benda yang baik kerana
kesemuanya mempunyai getaran tenaga yang baik.
Jom aktifkan minda separa sedar kita!!!
Sources : Copy paste from others blog for own information
No comments:
Post a Comment