Neuro-Linguistic Programming (NLP)
adalah kajian sistematik mengenai model perlakuan individu cemerlang.
Pencontohan (modeling) corak-corak merangkumi 3 aspek utama setiap insan
iaitu bagaimana dia berfikir dengan menggunakan otak yang berkait rapat
dengan saraf (Neuro), perhubungan menggunakan bahasa (Linguistic) dan susunan strategi ke arah tindakan (Programming) dalam mendapatkan sesuatu hasil yang diingini.
Hari
ini teknologi yang amat terkini ini telah membantu jutaan manusia
diseluruh dunia dalam kehidupan dan apa jua yang mereka lakukan
termasuklah kerjaya, hubungan
komunikasi, keluarga, kerjaya, pendidikan, pemasaran dan jualan,
kaunseling dan terapi, latihan dan pembangunan insan.
Sejarah NLP
NLP
memulakan sejarahnya di Universiti California Santa Cruz pada
pertengahan tahun 1970'an oleh Richard Bandler seorang pelajar sarjana
dalam matematik / komputer dan psikologi dan Dr. John Grinder seorang
pensyarah bahasa di universiti tersebut. Pada awalnya mereka melakukan
tiga pencontohan ke atas individu yang cemerlang dalam bidang
masing-masing iaitu Milton Erickson (seorang pengamal perubatan dan
pakar hipnosis), Virginia Satir (pakar terapi keluarga), dan Fritz
Pearls (pakar psikologi gestalt).
Definisi NLP
Pendekatan
mereka adalah pragmatik dan berorientasikan hasil dari berteori sahaja.
Richard Bandler menyifatkan NLP sebagai satu proses untuk membantu
manusia menggunakan otak mereka dengan lebih berkesan itu menjalankan otak mereka dari membiarkan otak menjalankan mereka.
Pakar-pakar dan pemaju NLP mentakrifkan NLP mengikut pandangan perspektif mereka masing-masing:
- “NLP adalah satu sikap dan kaedah yang meninggalkan jejak di belakangnya” .......... Richard Bandler.
- “NLP adalah strategi pembelajaran pantas (accelerated learning strategy) untuk menjejaki dan menggunakan corak-corak didalam dunia” .......... John Grinder.
- “NLP adalah apa juga yang dapat menjayakan sesuatu” .... Robert Dilts
Aplikasi NLP
Anthony Robbins menggunakan NLP dalam kerjayanya dari “jualan ‘zero’ hingga menjadi pakar motivasi terbaik dunia. Malahan
Tony Robbins menggunakan NLP untuk meningkatkan prestasi permainan
tenis Andre Agasi untuk bangkit semua menjuarai kejuaraan dunia selepas
prestasinya menurun beberapa waktu.
Buku-buku terkenal tulisan Anthony Robbins iaitu "Unlimited Power" dan "Awaken The Giant Within"
secara khususnya memperihalkan bagaimana teknologi NLP boleh digunakan
dalam mencapai apa juga yang kita mahu. Walaupun beliau menukarnya
kepada satu akronim yang baru iaitu NAC (Neuro Associative Conditioning) hakikatnya apa yang dipaparkannya adalah berlatarbelakangkan NLP.
Bagaimana NLP Dapat Membantu Setiap Individu
Selagi setiap
manusia yang dipanggil insan masih lagi mempunyai apa sahaja kemahuan
atau keinginan maka sesukar dan sesulit mana pun kemahuan tersebut NLP
dapat membantunya untuk mencapai keinginan tersebut.
Dua soalan utama NLP iaitu "Apakah yang saya mahu?"
adalah sebagai penunjuk arah tuju dan kompas bagi sesuatu destinasi
keinginan. Ini disusuli dengan pertanyaan "Bagaimanakah saya dapat
mencapainya?" yang merupakan soalan proses dan kaedah serta rancangan
dan tindakan untuk mencapai matlamat tersebut.
Oleh kerana
semua tindakan merupakan perlakuan yang dicerna dan dikendali oleh minda
maka apa juga program serta skrip yang kita jana bentuk dan jana dalam
minda akan mempengaruhi hasil yang diperolehi. Komunikasi dari minda
kepada motor yang mengawal saraf dan otot yang mengendali tindakan
penting bagi mendapatkan sesuatu. Disinilah peranan bahasa dalam
menghubungkan neuro atau saraf kepada otak. Skrip yang kita bina menjadi
baris-baris atau 'kod-kod seperti dalam program komputer. Setiap baris
menghasilkan sesuatu. Jika baris itu dapat ditukar dan digantikan maka
pastinya hasil yang diperolehi juga berubah dari sebelumnya.
Oleh sebab
penggantian inilah ia menghasilkan sesuatu dengan cepat sekali. Trauma
dan fobia dapat diubah dalam masa yang pendek. Apabila skrip "ketakutan"
atau "kebencian" diubah dalam minda maka hasilnya juga berubah. Tiada
lagi ketakutan atau kebencian. Kod ketakutan atau kebencian sudah
digantikan dengan kos lain. Dan saraf serta otot yang menimbal balas
akan mengikut arahan minda yang baru melalui koding yang baru.
Ianya nampak
amat abstrak tetapi kaedahnya penuh dengan tatacara dan konsep saintifik
yang dapat dibuktikan. Hasil yang diperolehi adalah bukti yang paling
nyata.
Maka jika anda
inginkan sesuatu yang masih elusif atau bagaikan mengejar pelangi petang
maka kaedah NLP pastinya dapat membantu anda.
No comments:
Post a Comment