Thursday, 24 December 2015

MILLIONAIRE HABIT 1





DISIPLIN DIRI UNTUK BANGUN AWAL

"Anda nak tahu apa yang membuat orang yang sangat berjaya rasa kurang tertekan, lebih gembira dan lebih produktif dalam hidup mereka?
Mereka tahu bahawa keutamaan peribadi mereka yang bernilai lebih daripada keutamaan orang lain adalah MASA.
Mereka juga ada satu sifat DISIPLIN DIRI yang mereka praktikkan setiap hari iaitu mereka BANGUN AWAL PAGI, mereka sentiasa menghargai masa dan mereka pastikan diri mereka sentiasa yang terawal dalam semua perkara."

TANAM YANG BAIK-BAIK SAJA

'Mind creates reality and thought becomes things.' Ini antara yang ditekankan oleh Dr Azizan Osman dalam perkongsiannya bersama peserta program Rahsia Kuasa Minda Jutawan (RKMJ) petang tadi.
"Minda kita sangat subur. Apa saja yang kita tanam akan wujud dalam hidup kita. Apa yang minda kita percaya, ia akan cuba jadikannya realiti.
"Beginilah kehidupan. Sebab itu kita perlu tanam minda kita dengan perkara yang baik-baik sahaja," kata Jurulatih Kejayaan No 1 Asia itu lagi.






















Wednesday, 23 December 2015

6 TIPS MENJAUHI SIFAT MALAS

1. Berwudhuk – Cara begini mampu menghindarkan diri dari bisikan syaitan yang mengajak anda menjadi malas.

2. Solat di awal waktu – Apabila anda mudah bertangguh solat, itu bermakna anda sudah terkena tempias-tempias malas.

3. Doa – Amalkan doa ini.

((الْلَّهُم إِنِّي أَعُوْذ بِك مِن الْهَم و الْحَزَن , و أَعُوْذ بِك مِن الْعَجْز و الْكَسَل , و أَعُوْذ بِك مِن الْجُبْن و الْبُخْل , و أَعُوْذ بِك مِن غَلَبَة الدَّيْن و قَهْر الْرِّجَال)).
Maksudnya: "Ya Allah, aku berlindung kepadamu dari rundungan sedih dan duka, aku berlindung kepada-Mu dari sifat lemah dan malas, aku berlindung kepada-Mu dari sifat kikir dan penakut, aku berlindung kepada-Mu dari beban hutang dan penindasan orang."

4. Bangun Awal - Bila anda bangun awal, anda akan rasa segar dan hilang rasa malas.

5. Bergaul Dengan Orang Yang Rajin – Anda perlu pengaruh yang kuat untuk menjadi rajin. Jika anda bercampur atau bergaul dengan orang yang malas, malaslah jadinya.

6. Bersenam – Ini amat penting. Anda mesti bersenam dan keluarkan peluh anda 4 kali seminggu. Pasti rasa malas akan hilang kerana minda dan badan anda akan menjadi aktif.
Copy paste: Jakim

Tuesday, 22 December 2015

TEKNIK MENGGUNAKAN MINDA SEPARA SEDAR UNTUK CAPAI MATLAMAT



Terdapat 8 jenis teknik-teknik barat dalam pengawalan minda separa sedar yang telah dikenal pasti. Teknik-teknik tersebut ialah teknik Charles Baudoin, teknik terima kasih, teknik tidur, teknik alasan, teknik penetapan, teknik bioskop mental dan teknik menulis.
 

Teknik Charles Baudoin

Charles Baudoin adalah profesor di Rousseau Institut Peranchis. Beliau adalah ahli psikoterapi yang cekap dan pengarah penelitian dari New Nancy School of Healing yang mencipta cara terbaik bagi memberi kesan kepada minda separa sedar melalui cara masuk semasa tidur. Sebagai contoh, anda menghadapi masalah hutang yang bertimbun-timbun. Sebelum melelapkan mata pada waktu malam, bacalah ayat ini berulang kali, "Selesai dengan memuaskan menurut kehendak Tuhan". Idea dan ayat tidak perlu panjang berjela-jela. Cukup apabila ayat itu dilafazkan secara pendek supaya mudah diingat. Kecerdasan tidak terbatas yang bekerja melalui hukum bawah sedar mendatangkan penserasian menurut prinsip keserasian.  

Ulangi proses ini setiap malam selama 10 malam berturut- turut. Rasailah kedamaian serta ketenangan dan anda boleh tidur dengan lena. Keesokan pagi, anda dapat bangun daripada tidur dengan perasaan nyaman dan damai kerana masalah anda sudah selesai.  

Teknik Terima Kasih

Islam menekankan permintaan kepada Tuhan serta mengucapkan syukur. Hati yang berterima kasih selalu dekat dengan tenaga kreatif alam semesta. Ia menyebabkan banyak anugerah mengalir kepadanya kerana hukum timbal balik adalah berdasarkan hukum kosmik daripada aksi dan reaksi.  

Saya ingin berkongsi dengan anda cerita berkenaan Pak Cipto yang selalu berkata, "Hutang bertampuk, aku tidak ada pekerjaan serta mempunyai anak lima dan tidak berduit. Apakah akalku?" Secara teratur, setiap malam selama tiga minggu beliau ulangi kata-kata, "Syukur pada Allah atas kekayaan ini," dengan tenang dan damai sehingga perasaan syukur dan terima kasih pada Tuhan meresapi seluruh sanubarinya. Perasaan kekurangan, kemiskinan serta kehinaan, hilang dengan perlahan- lahan. Ucapan syukur dilakukan olehnya sekerap mungkin.  

Walaupun belum lagi menjadi kenyataan, namun beliau tetap mengucapkan syukur dengan kepercayaan serta keyakinan yang tinggi. Akhirnya, Pak Cipto berjaya meraih pendapatan yang lumayan dengan dinaikkan pangkat oleh majikannya.  

Contoh yang mudah, umpama seorang ayah yang berjanji kepada anaknya hendak membelikan sebuah motosikal yang cantik apabila anaknya berjaya mendapat kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan. Sudah pasti anaknya mengucapkan terima kasih kepada ayahnya, walaupun motosikal itu belum lagi dibelinya. Begitulah juga dengan teknik ini, ucapkan kesyukuran dengan yakin dan gembira walaupun belum lagi diterjemah ke alam nyata.  

Teknik Tidur

Lakukan teknik ini semasa anda hendak melelapkan mata. Pada masa itu, anda berada dalam keadaan hipnogogik (antara lena dan jaga). Gelombang otak anda adalah antara alfa dan delta. Minda anda juga berkualiti dan efektif.  

Apabila anda menghadapi masalah yang rumit, semasa hendak tidur, katakan, " Dengan kuasa Tuhan, semua masalah selesai dengan baik." Apabila anda terjaga daripada tidur, ulangi lagi perkataan yang anda ucapkan semalam berkali-kali. Rasailah kepuasan dan ketenangan yang tidak terhingga. Minda separa sedar anda sebenarnya umpama robot dan tidak berperasaan. Maka, setiap perkara yang anda nyatakan pasti diterimanya 100 peratus.  

Teknik Alasan

Teknik ini banyak digunakan oleh para doktor bagi merawat pesakit. Doktor memberi keyakinan kepada pesakitnya, penyakit yang mereka hadapi itu lebih disebabkan oleh pola fikiran mereka yang negatif. Pesakit selalunya merasakan mereka ditimpa malang apabila mendapat penyakit. Pada masa ini, peranan doktor adalah menegaskan kepada pesakitnya yang penyembuhan boleh berlaku apabila pesakitnya berfikiran positif.  

Ini bermakna, pesakit perlu yakin yang penyakitnya dapat sembuh. Minda separa sedarnya pasti percaya yang dia boleh sembuh daripada penyakitnya. Dengan itu, organ- organnya bertugas dengan baik dan urat sarafnya pula menjalankan tugas dengan cekap bagi penyembuhan secara efektif. Dr. Quimby dari Maine banyak menggunakan teknik ini antara tahun 1849 hingga 1869.  

Teknik Penetapan

Daya penetapan ada pada diri kita semua. Dalam konteks ini, kita bertambah yakin apabila kita sedar yang Tuhan menjadikan kuasa alam semesta ini semata-mata bagi kepentingan manusia.  

Seorang perempuan muda yang cantik menghadapi masalah diganggu oleh seorang lelaki yang tidak dikenali melalui panggilan telefon pada setiap hari. Oleh itu, setiap hari perempuan muda itu membuat penegasan, " Dengan kuasa Allah, aku berserah kepadanya. Allah akan melepaskan aku daripada masalah ini. Aku bebas daripada masalah ini." Akhirnya, perempuan muda itu terselamat. Lelaki yang selalu mengganggunya itu hilang pergi entah ke mana. Justeru, apabila kita yakin dan berserah pada Tuhan, apa yang kita hajati pasti tercapai dan pasti ada jalan penyelesaiannya.  

Teknik Bioskop Mental

Teknik ini lebih menitikberatkan gambaran yang dicipta dalam minda. Pepatah Cina ada menyatakan, 'sebuah gambar berharga lebih daripada seribu kata'. Minda separa sedar sentiasa sensitif pada gambaran yang dibina. Ia menggambarkan serta bertindak seolah-olah diri kita melalui apa yang kita gambarkan. Lalu gambaran itu pasti menjadi kenyataan.  

Teknik ini pernah digunakan oleh pemuda yang bernama Ahmad semasa dia cuba menjual barangan syarikat yang dinaunginya. Sebelum tidur pada waktu malam, dia melakukan meditasi (rujuk teknik meditasi) di kerusi malas kepunyaannya. Selepas itu, dia menggambarkan dalam mentalnya dengan terang dan yakin, ramai orang yang mahu dan berminat membeli barangan yang dijualnya. Dia juga dapat merasakan dan menghadirkan bau wang yang diterima daripada setiap pelanggannya. Selepas itu, dia terus tidur dengan penuh rasa kepuasan seolah-olah dia sudah berjaya menjual barangannya.  

Pada keesokan harinya, dia terkejut apabila perkara yang digambarkannya pada malam itu benar- benar berlaku. Ini kerana, kecerdasan tidak terbatas menjalankan tugasnya bagi merealisasikan apa sahaja yang digambarkan. Tuhan maha berkuasa. Dia menjadikan kita dengan kelebihan yang hebat iaitu keupayaan dan kebolehan berimaginasi.  

Teknik ini juga berkesan bagi menggambarkan penyembuhan pada penyakit yang berjangkit. Keajaiban pernah terjadi di mana seorang pemuda menghidap penyakit barah otak. Hasil pemeriksaan doktor, pemuda ini sudah tidak berpeluang sembuh daripada penyakit itu. Dia juga diramal berpeluang hidup dalam tiga bulan sahaja lagi. Namun begitu, pemuda ini tidak pernah berputus asa. Setiap malam, dia melakukan meditasi (rujuk teknik meditasi) dan menggambar-kan sel- sel barah otaknya kian hilang. Dia juga membayangkan yang dia semakin sembuh dari hari ke hari. Pada suatu hari, apabila doktor memeriksa penyakitnya, sel-sel barah pemuda itu sudah tiada lagi. Dengan lain perkataan, pemuda itu sudah sembuh daripada penyakitnya. Sesungguhnya, minda manusia diberi kehebatan bagi penyembuhan secara semula jadi. Begitulah hebatnya kuasa minda yang dianugerah Tuhan.  

Teknik Menulis

Teknik menulis ini pernah digunakan oleh bekas Presiden USA, James A. Garfield. Semasa beliau berumur 10 tahun, beliau terlihat seorang lelaki yang berpakaian mewah sedang menaiki kereta kuda. Beliau bertanya kepada ibunya siapa lelaki itu. Ibunya memberitahu yang lelaki itu adalah ahli kongres.  

Kemudian, beliau terus berazam yang beliau ingin menjadi seorang ahli kongres seperti lelaki yang dilihatnya apabila beliau dewasa. Keesokan harinya, beliau terus menulis hajatnya, "Saya akan menjadi seorang ahli kongres." Beliau melihat tulisan itu pada setiap hari. Dalam konteks ini, minda separa sedar beliau menerima maklumat berkenaan matlamat dan cita- citanya. Seterusnya, minda separa sedarnya menjalankan tugasan bagi merealisasikan cita-citanya. Beliau menggunakan kemahuannya yang bersungguh-sungguh (will power) bagi menjadi seorang ahli kongres.  

Pada hari minggu, beliau bekerja memotong kayu supaya dapat mengumpul duit bagi membeli buku dan belajar cara- cara menjadi ahli kongres. Apabila berumur 16 tahun, beliau bekerja sebagai penjaga kedai bagi membantu ibunya. Beliau juga menyambung pelajaran bagi menjadi ahli kongres. Ketika berumur 18 tahun, beliau mendapat kontrak menyapu lantai di Akademi Kolej William dan mendapat punca pendapatan lain dengan mengajar di sekolah. Pada hari minggu pula, beliau mengambil upah memotong kayu. Semasa berumur 20 tahun, beliau berjaya menerima Ijazah Undang-undang dengan kepujian dari Kolej William. 6 tahun kemudian, beliau menjadi senator di wilayahnya dan semasa berumur 33 tahun, beliau berjaya menjadi ahli kongres.  

Kejayaannya itu berpunca daripada apa yang difikirkannya. Minda sedarnya menghantarkan maklumat kepada minda separa sedar dengan cara melihat tulisan cita-citanya. Menulis impian anda pada sekeping kertas boleh membawa pemikiran minda separa sedar (subconscious mind) supaya bertugas bagi mencapai impian anda. Berikut adalah cara yang teratur bagi teknik ini:  

A. Tentukan matlamat. Apabila anda hendak berjaya dalam bidang perniagaan, tentukan matlamat secara jelas. Pastikan matlamat itu logik dan mampu anda capai. Misalnya, anda hendak mendapat keuntungan perniagaan RM5, 000 sebulan. Jelaskan pada diri anda yang jumlah itu pasti tercapai.  

Kejutkan 12 bilion sel-sel otak dengan menulis matlamat anda. Ini membangkitkan minda separa sedar anda supaya bertugas dan menjayakan matlamat anda. Minda separa sedar bertindak membantu anda mencari peluang bagaimana mendapatkan keuntungan sebanyak RM5, 000 sebulan secara ghaib (di luar jangkauan pemikiran biasa).  

B. Setiap hari, lihat impian yang anda catatkan. Dengan melihat impian itu, ia melibatkan saraf optik yang ukurannya 17 kali lebih besar daripada saraf-saraf yang lain. Saraf itu juga menyebabkan saraf- saraf lain terus menuju ke otak anda.  

C. Buat gambaran setiap hari iaitu selepas anda melihat impian yang anda tulis. Gambaran juga dapat dibuat pada waktu malam, selepas anda bermeditasi dan bertafakur.  

D. Bina cadangan spontan pada diri anda. Buat pernyataan positif pada diri yang anda boleh mencapainya. Gambarkan seolah- olah anda sudah pun mencapai impian yang anda bina. Ucapkan kesyukuran yang tidak berbelah bahagi pada Tuhan. Pastikan anda lakukan dengan penuh perasaan dan emosi. Minda separa sedar hanya bertindak apabila anda beremosi dan berperasaan.  

E. Sentiasa berfikir berkenaan cara mendapatkan RM5, 000 setiap bulan. Minda separa sedar anda pasti mencetuskan idea yang tidak anda duga dan fikirkan sebelum ini. Apabila minda separa sedar anda mencetuskan idea, catat serta lakukan kerja berdasarkan idea itu.  

Anda juga boleh menggunakan teknik- teknik di atas bagi pelbagai kegunaan dan kehendak anda. Minda separa sedar anda sedia menerima apa sahaja saranan dan arahan daripada minda sedar tanpa membantah. Anda perlu yakin yang usaha anda akan memperoleh hasil yang baik.  

Dipetik daripada: Bab 3, buku Kuasa Minda Separa Sedar oleh Mohd Rozani Pawan Chek

Copy paste from others.

TEKNIK MENGAKTIFKAN MINDA SEPARA SEDAR

 

 
 
Minda Sedar (Conscious Mind) – minda yang kita boleh kawal, seperti berfikir, belajar, memasak, berbual, dan banyak lagilah

Minda Separa Sedar (Subconscious Mind) – ia tidak berfungsi secara logik, lebih kepada emosi, rasa hati, imaginasi, mimpi

90% daripada badan kita adalah milik minda separa sedar. Kita perlu seiringkan kedua-dua minda ni supaya kita dapat menjadi insan yang lebih baik, dan berjaya dalam hidup. Contohnya minda sedar kita kata saya nak dapat 9A1 untuk SPM. Tapi minda separa sedar kita tak inginkannya pun, asyik berfikiran negatif, rasa diri tak layak, tak pandai, so kita takde usaha pun ke arah itu. Kedua-duanya tak seiring, so kita jadi malas, lemau, takde semangat untuk dapatkannya. Nak study pun asyik bertangguh, sebab minda separa sedar kita tak mengarahkan badan kita untuk buat pun, dan menarik tenaga-tenaga dan sumber-sumber negatif dekat dengan kita.

Cara nak aktifkan minda separa sedar


Kita boleh aktifkan dan mantapkan minda separa sedar pada waktu-waktu yang dipanggil sebagai alpha wave di mana ianya adalah waktu perantaraan minda sedar dan minda separa sedar.
  • Waktu hujan
  • Waktu kita berehat
  • Waktu solat
  • Waktu hampir tidur

Waktu-waktu ini adalah di mana kita di dalam keadaan tenang dengan suasana yang tenang. Paling senang nak buat masa kita nak tidur.
  • Pejamkan mata
  • Bercakap dengan diri sendiri di dalam hati, apa yang nak kita berlaku esok atau bila-bila
  • Berdoa pada Allah, mintak apa yang kita nak dan hajati
  • Ulang banyak-banyak kali

Cth: Nak bangun awal untuk study SPM

Cakap dalam hati, “aku nak bangun pukul 3pg esok”, “aku nak studi”, “bangun siti bangun, pukul 3pg dah”, “bagus siti, berjaya bangun awal”.

Ucapkan kata-kata yang positif sahaja, spesifikkan hajat kita, ulang kata-kata tu banyak kali, sampai terlelap pun takpe. Percayalah, pukul 3pg atau mungkin lebih awal, kita akan terbangun dengan sendirinya.

Saya sendiri dah buat, untuk bangun tahajud, Alhamdulillah, belum sempat alarm nak berbunyi, saya dah tersedar. Bukan untuk diri sendiri je, kita pun boleh bisikkan kata-kata positif dan nasihat pada anak-anak ketika mereka hampir terlena. Amalkan setiap hari, insyaAllah kita akan nampak kesan dan perubahannya.

Selain waktu-waktu tadi, kita masih boleh aktifkan minda separa sedar kita sendiri. Bukan hanya pada waktu alpha tadi, bila-bila masa kita nak aktifkan pun boleh, tapi pastikan tiada gangguan luar la ye. Caranya adalah dengan menggunakan teknik pernafasan alpha.

 


Semasa kami semua cuba teknik ni dalam kelas hari tu, begitu terkesan di hati ini, masa tu rasa di awang-awangan, kita dapat berdoa sepenuh hati. InsyaAllah, jika diamalkan selalu, minda separa sedar akan seiring dengan minda sedar kita, untuk kita kejar apa yang dihajati.

Bila minda separa sedar kita banyak dimasukkan dengan elemen-elemen baik dan positif, kesannya ia akan menarik situasi-situasi baik, orang yang baik-baik, dan benda-benda yang baik kerana kesemuanya mempunyai getaran tenaga yang baik.


Jom aktifkan minda separa sedar kita!!!


Sources : Copy paste from others blog for own information

Sunday, 26 July 2015

SAINS KEKAYAAN

Sains kekayaan
- Antara sebab bisnes masih merangkak
- Sebab kurang bergerak / malas bergerak
Dalam kajian ada sebut orang yang masih merangkak dalam hidup antara sebabnya adalah malas / kurang bergerak.
Sebelum satu orang pergi mandi, idea datang dahulu, selepas itu jika hati setuju dia sync dan activity mandi akan diteruskan.
Jika idea / fikiran logik sudah ada, tapi hati tak turut serta, makanya dia akan terus tidur sehingga esok pagi. kiki emoticon
Lebih banyak bergerak = Lebih banyak electrical activity dalam otak berlaku.
Lebih banyak electrical activity, otak akan jadi active.
Bila active, otak itu akan menghasilkan idea-idea yang sangat banyak.
Jika fizikal / body malas bergerak, atau bergerak hanya dengan tujuan yang perlu sahaja, maka electrical hanya sekadar itu sahaja.
Dia tak nak keluarkan idea-idea yang bijak dan bernas serta creative untuk menjadi seorang yang kaya dan kaya-raya.
Sains kekayaan kita kaji perihal activity untuk mendapat kekayaan financial.
Dimulakan dengan mendapatkan creativity.
Selepas itu manusia akan nampak ruang rezeki yang begitu luas terbentang, banyak dan sangat banyak.
Creativity ini datang daripada active-nya otak tengah, fungsi otak tengah ialah mem-balance-kan otak kanan dan kiri.
Bila otak kanan dan kiri active, otak itu akan nampak dan seterusnya menghasilkan idea-idea yang orang lain tidak nampak.
Cakura 7 (paling bawah) dia cerita untuk aktifkan adalah dengan bergerak.
3 Lapis pergerakan
- Ber-jogging
- Berjalan kaki
- Menari / Senaman
Bila u gerakkan badan, electric dalam otak akan active.
Bila electric dalam otak active, body / fizikal / badan akan active.
Bila badan active = U akan rajin buat kerja yang bermanfaat. kiki emoticon
Kalau electric itu tidak active, u akan rasa malas untuk buat kerja / mengkaji / berfikir / bergerak untuk buat kerja.
Boleh tangkap?
Dalam kata yang lain, orang yang hidup merangkak, programming kulit > sel dalam kulit adalah tidak aktif.
Sel yang aktif atas tujuan ala-kadar sahaja.
Bila u faham benda ini, u boleh reverse engineering u punya life ...
- U faham manusia masih gagal kerana sel > kurang bergerak ...
- Bila u bergerak ie: jogging, senaman, berjalan > electric akan active.
- Bila electric active otak akan rajin proses maklumat dalam minda.
- Dia akan hasilkan idea-idea yang kreatif > apply > jadi kaya.
- Pastikan dalam kepala ada ilmu business (product, marketing, management).
Bab cakura kita akan cerita lebih banyak tentang kenapa perlu berjalan kaki, adakah senaman yang boleh aktifkan otak tengah dan lain-lain lagi.
Then manusia akan tahu,
- "Owhhhh patutlah selama ini aku masih merangkak dalam hidup"....
- "Ini untuk aktifkan otak, ini untuk itu, ini untuk ini"...
As usual, admin punya ebook untuk melahirkan spark terhadap sesuatu perkara supaya manusia melakukan action / tindakan yang tepat.
Bila tukar action, the law of action reaction berlaku.
Rajinkan jejalan pergi shopping, bagus untuk otak tengah. kiki emoticon
Have Fun

Copy paste

Monday, 5 January 2015

Self Hypnosis and Focusing on your Goal





This month we’re going to talk about self-hypnosis for relieving anxiety and attaining peak performance. One of the most effective ways to show people the benefits of hypnosis is to use hypnosis for our own benefit. To that end I’ll relate an incident where I used self-hypnosis to help me overcome nervousness before a big moment in my life.

Here’s a good self-hypnosis technique (in case you don’t already know one)…
In December of 2002, I was asked to appear on a national television show (with over 2 million viewers). As I was sitting in my dressing room waiting to go on I started to get nervous. I began to think about all the people watching and about what could go wrong. My breathing sped up and I started to sweat as my inner dialog descended into a swirling cacophony of “what ifs?” I knew I had to do something to change my state of mind. I had been asked to appear as an expert on phobias. How would it appear if a phobia expert was nervous?

One of the most common mistakes people make is to focus on what might go wrong. While there are times when it’s good to consider possible roadblocks and dangers; when you’re about to do something it’s best to focus on what you want to happen. Do this little experiment to find out how important it is…
  1. Stand about 1 foot from a bare wall, facing away from it.
  2. Put your feet together and tilt your head back until you are looking straight up at the ceiling.
  3. Close you eyes and begin concentrating on the thought of falling over backward. Make images in your mind’s eye of falling backward and silently repeat “I’m falling backward” over and over.
If you can concentrate on this idea strongly enough, you’ll find yourself beginning to fall backward! You see, the mind begins to carry out the things you imagine. So what happens if you concentrate on all the things that could start to go wrong? I think you get the point.
I wanted to focus my mind on what I wanted to happen – not what might go wrong. I wanted to use hypnosis to make that focus and concentration even more powerful. And since I only had a few minutes I knew it had to be quick! I began to think about what mental and emotional states would help me be my best in this situation. The phrase “wonderfully calm, wonderfully confident, wonderfully effective” sprang to mind.
Spontaneously, I decided to use one of my favorite inductions (the Dave Elman induction) to induce trance. I’d never used it as a self-hypnosis induction before but what the heck! In case you’re not familiar with this induction, it has five basic components.
  1. Eye Closure
  2. Body Relaxation
  3. Fractionation
  4. Arm-Drop Deepening
  5. Suggested Amnesia
Here’s a free word-for-word example of a Dave Elman style induction.
For a full explanation get my Hypnosis Course.
Even before I started the induction my state began to improve (I had already begun focusing on what I wanted.) Since I’ve done the Elman induction a number of times and am quite familiar with the steps I went through it very quickly. I then started repeating my “mantra” over and over to myself. I also began to visualize what I looked like when I was calm, confident and effective. At first I “saw myself” being calm, confident and effective. It was as if I was watching myself from a distance. I noticed how I looked, felt and sounded when in those modes. I noticed my posture and breathing when calm, confident and effective. Then I mentally “stepped in” to that image and took on the posture, breathing and internal sensations. Then I imagined myself going through the show feeling those positive sensations.

The nervousness I had felt transformed to excitement. I was ready to go! Within a couple of minutes I was sitting down in front of the cameras ready to roll.

It’s a good thing I had decided to prepare myself because I was thrown several curve balls during the show. The most daunting task was them giving me 10 minutes to work with a woman who had a phobia of snakes so severe that she couldn’t even watch TV for fear that she would see a snake by accident. She couldn’t eat pasta because it was shaped like a snake!

As we headed backstage to do the work my mind was focused on the task at hand. I knew that more than 2 million people were waiting to see what I could do. I knew that 10 minutes wasn’t enough (even the NLP fast phobia cure takes about 15 minutes.) The American Psychiatric Association says you can expect “noticeable improvement in 10 to 20 weeks and a tremendous improvement within one year” in the treatment of phobias. I had 10 minutes.

But inside I was saying “wonderfully calm, wonderfully confident, wonderfully effective” and focusing on the task at hand. Each time I ran in to a potential problem my voice came back to me; “wonderfully calm, wonderfully confident, wonderfully effective.”

Guess what? In 10 minutes I was able to get her to a point where she could stand 3 or 4 feet from a snake with no problem whatsoever. Phobia gone!

So, enough about me. How do you use this information to work for you? Here’s the step-by-step…
  1. Pick a situation in which you’d like to respond more positively.
  2. Decide how you would like to act/feel. Pick an emotional/mental state that would help you achieve your goal.
  3. Induce hypnosis.
  4. Watch yourself acting and feeling the emotional/mental state you picked (in any situation – it doesn’t have to be related). Notice how you breathe, move, talk, self-talk etc.
  5. Step in to those images and feel the positive states.
  6. Mentally take those positive states, the breathing, the posture, self-talk etc, in to the situation you want to improve.
There you have it. You can use this technique to help you improve almost anything; from sports performance to anxiety issues. If you’re a hypnotherapist you can use it with your clients, or better yet, teach your clients self-hypnosis and they can do it themselves.
That’s it for this Hypnosis Tip. Join me next time more more useful hypnosis information.

Sincerely,
Keith Livingston